Sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi kita Sayyidina Muhammah s.a.w. seluruh sifat-sifat yang indah dan terpuji.Dan segala sifat-sifat yang indah itu adalah bertalian dengan dua hal yang besar ia itu pertama keagungan dari sifat-sifat itu dan kedua pancaran cahaya yang meliputinya.justeru itu keindahan paras rupa baginda adalah bersinar-menyinar yang tidak membawa akibat negatif kepada siapa yang melihatnya.Imam Ali krw. pernah berkata:`Siapa yang melihatnya sepintas lalu pasti akan terpegun kerana kewibawaannya.
Berbanding dengan Nabi Yusof a.s yang dikurniai separuh dari keelokan rupa Nabi Muhammad s.a.w.sudah cukup menyebabkan wanita melihatnya mencencang-hiris tangan sendiri kerana terpukau sambil berkata:
`Maha sempurna Allah,ini bukanlah manusia,ini tidak lain hanya malaikat yang mulia` .(QS:Yusuf:31)
Hingga seorang penyair pernah berkata,Andainya wajahnya[Nabi Yusof]sempat dilihat oleh kawan-kawan Zulaikha jantong hatilah yang akan terpotong sebelum tangan tangan mereka`.
Atas keagongan inilah yang digambarkan oleh Hindun binti Halah terhadap keagongan sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w.Ini lah yang dikatakan sebagai sifat agong dan penuh wibawa seperti yang diriwayatkan oleh Tirmizi.Ibnu Majah meriwayatkan bahawa ada seorang datang menghadap Nabi s.a.w.dengan menggigil ketakutan,maka baginda berkata tidak mengapa,tenanglah hati anda.Para Sahabat Rasullullah s.a.w.mengatakan:Bahawa Rasulullah s.a.w. yang paling tenang,penuh wibawa bila berada di suatu majlis.[HR.Abu Daud].
At-Tirmizi meriwayatkan dari Ibnu Abi Halah,bahawa apabila Nabi s.a.w. tengah berbicara,maka semua sahabat yang berada disekelilingnya tenang,sambil menundukkan kepala seolah-olah kepala mereka sedang dihinggapi burung.Tatkala Amer bin Ash menghadap Nabi untuk pertama kalinya ia berkata: Tak sanggup aku menatap wajahnya,kalau sekiranya orang bertanya kepadaku,tentang sifat-sifat baginda,rasanya tak sanggup aku menceritakannya,kerana mataku tak sepenuhnya dapat melihatnya.[HR.Muslim].
Para sahabat Nabi memang tidak dapat memandang wajah baginda dengan tajam[tepat],kerana keagungan sifat dan wibawanya.Hanya yang dapat menceritakan dan menggambarkan sifat dan rupa baginda adalah mereka yang masih kecil atau yang berada dibawah asuhan baginda sebelum masa kenabiannya iaitu seperti Hindun binti Abi Halah dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib.krw.Lantaran keagungan dan kewibawaan itulah maka sesiapapun yang duduk mendampingi baginda akan rasa berdebar hati,terpengaruh oleh kewibawaannya yang memancar dari peribadi agung itu.Oleh sebab itulah maka baginda selalu bersifat ramah tamah dan bersikap lemah lembut,sekadar untuk menenangkan dan mententeramkan hati-hati mereka.
Abi Mas`ud Albadriy mengesahkan apa yang dialaminya,ia berkata:tetakala aku sedang mengajar [menghukum]seorang hamba ku tiba tiba ku dengar suara dari arah belakang,mulanya aku tidak mempedulikannya,kerana amarahku sedang meluap,kiranya itulah Rasulullah s.a.w,demi ku lihatnya,maka cemeti yang ku pegang jatuh ke tanah dan beliau berkata kepadaku:Demi Allah,Tuhan dapat berbuat kepada dirimu lebih dari apa yang engkau lakukan sekarang,maka dengan suara tersekat sekat aku berkata:Ya Rasulullah demin Allah aku tidak akan mengajar lagi hambaku sesudah ini`.Tersangat banyak lagi contoh -contoh keagungan sifat dan wibawa Rasulullah s.a.w.jika hendak di tulis seterusnya.
KEAGUNGAN PANCARAN NURANI
Kedua:Pancaran Nurani yang menghias keindahan dan keagungan Nabi s.a.w. sebagai yang tersebut pada sifat sifat dan gambaran wajah baginda.Ada pun cahaya baginda ada lah pertama dijadikan oleh Allah,seperti yang diriwayatkan oleh hadith Jabir yang menurut Azzarqani hadith itu juga di riwayatkan oleh Al-Naihagiy dan tidak bertentangan pula dengan hadith At-Tirmizi,bahawa makhluk pertama yang dijadikan Allah SWT adalah`Al-Qalam` sebab antara keduanya dapat disesuaikan penegertiannya.Hadith Jabir meriwayatkan,bahawa Nur Muhammadlah yang pertama dijadikan oleh Allah SWT,ini berarti bahawa Allah yang menjadikan segala jenis cahaya,dan mencipta Nur Muhammad,sebelum cahaya-cahaya yang lainnya.Dan yang dapat memperkuatkan tentang Nur Muhammad ini ialah Hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Husain{r.a)dari ayahandanya Ali bin Abi Thalib(r.a) bahawa nabi s.a.w. bersabda:`Dulu aku ini cahaya di hadapan Tuhanku`.Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Qathaan,seorang ahli dalam ilmu hadith yang terkenal sangat cermat dalam meneliti riwayat dalam sanad hadith.Dan Allah SWT,. berfirman:
`Sesungguhnya telah datang kepada ku cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan`[QS. Alma `idah:15].
Sebahagian ulama menafsirkan CAHAYA dalam ayat ini,ialah MUHAMMAD saw.demikian tafsir Athabariy,Ibnu Abi Hatim dan Al-Qurtubiy yang mengutip tafsiran Qatadah.Mengikut faham sufisme bahawa maksud cahaya disini ada dua.Pertama: Nur Muhammad-Yang zohir sebagai Nabi Muhammad s.a.w. Kedua ialah Nur Muhammad yang batinnya iaitu yang mesra pada sekelian alam-Cosmos.[perlu pengajian yang lebih terperinci untuk memahami dan membahas kan pernyataan ini-jangan cepat menyalahkan.wallahu `alam-p].
KITAB BERZANJI 1
Dalam pengkisahan ketiga kitab Berzanji sheikh Ja`far Al-Barzanji[Walamm Arraa-dallahu Taala] bersyair mengatakan:
`Tatkala Allah SWt sudah bermaksud menzahirkan hakikat Nabi Muhammad SAW dan menzahirkabnya kedunia ini yang berbentuk jisim dan roh dengan rupanya sifat maknawinya,maka Allah SWT memindahkan NUR MUHAMMAD ke dalam rahim Aminah Al-Zuhriah.Allah SWT yang Maha dekat dan memperkenankan doa hamba-Nya telah menentukan Aminah sebagi bonda Nabi pilihan-Nya.Telah diumumkan kepada penduduk langit dan bumi bahawa cahaya kenabian telah berada dalam kandungannya.
Setiap orang yang merasakan keadaan itu selalu merindukan lahirnya Nabi yang mengembirakan.Bumi yang telah lama gersang telah tersenyum dengan tumbuh-tumbuhan yang subur bagaikan hamparan kain sutera.Buah-buahan menjadi masak dan pohon itu mendekati bagi orang yang akan memetiknya.
Segala binatang peliharaan kaum Quraisy sibuk meperkatakan kehamilan(Aminah) dengan bahasa Arab yang fasih(kiasan).Berhala berhala dan istana raja jatuh tersungkur yang menyebabkan muka dan mulutnya hancur.Binatang-binatang dari Masyriq sampai ke Maghrib merasa gembira,termasuk binatang laut.
Tegasnya seluruh alam merasa gembira.Makhluk jin telah diberi khabar gembira akan dekatnya masa kelahiran Nabi Muhammad itu.Tukang-tukang tenung telah berantakan dan pendeta sudah ketakutan.Orang-oarang bijak pandai sibuk membicarakan kelahirannya dan tentang sifat kebaikannya mereka sangat kagum.
Ibunya yang sedang tidur didatangi (malaikat)lalu dikatakan kepadanya:Engkau telah mengandung penghulu sekelian alam dan sebaik-baik makhluk.(Kata yang datang itu lagi):`Jika engkau telah melahirkannya nanti,berilah namanya Muhammad kerana ia akan dipuji orang.`
CAHAYA MUHAMMAD
Memang ada pendapat setengah orang memahami arti Nur Muhammad bahawa Nabi Muhammad adalah CAHAYA,sehingga dibayangkannya,seolah-olah baginda itu seperti pelita yang memancarkan cahaya,padahal Nabi s.a.w.lebih mulia dan agung dari anggapan yang demikian.Adakalanya memang cahaya dalam erti hakiki nampak terlihat daripada baginda,seperti cahaya yang memancar daripada benda benda bersinar yang lain,namun itu tidak selalu berlaku,hanya dalam bentuk mu1jizat-mu`jizat baginda s.a.w. bahkan hal itu pernah terjadi pada diri-diri para sahabat Nabi s.a.w.
Sayyidina Anas pernah berkata:`Bahawa Usaid bun khudair dan Abbad bin Bisyir,keduanya berada di majlis Nabi s.a.w.pada malam hari,setelah keduanya,kembali pulang,maka tongkat salah seorang dari keduanya,memancarkan sinar dalam kegelapan malam itu,dan keduanya dibawah suluhannya,dan ketika keduanya disimpang jalan berpisah,maka tongkat masing-masing bersinar menerangi jalan.[HR.Al-Bukhari].
Seoarang lagi sahabat At-Thufail Addausi memperoleh gelaran`Zinnur` atau yang memiliki cahaya ini kerana ketika datang kepada Rasulullah s.a.w.ia meminta agar diizinkan berdakwah di tengah tengah suku kabilahnya yang masih kafir dan meminta pula agar kepadanya diberikan sekadar tanda dan bukti akan kebenaran ajaran yang akan disampaikannya,Rasulullah s.a.w. lalu mendoakanya dengan kata baginda:`Ya Allah berikanlah kepadanya sinar cahaya` maka bersianarlah cahaya di antara kedua matanya,dan ia nampak kurang senang hati lalu berkata,Ya Rasulullah saya merasa khuatir kalau-kalau mereka akan berkata,itu hanya penyakit semata,maka cahaya itu pun pindah ke hujung tongkatnya.menjadi pelita penerang baginya dalam kegelapan malam.
BERZANJI 11
Keagungan Cahaya yang lahir[Nabi Muhammad s.a.w] ini telah digambarkan oleh sheikh Ja`far Al-Barzanji dalam kitab bacaan Barzanjinya pada kisah yang ke enam:`Wa Zhahara `Inda Wilaa Datihi`Terjemahannya begini:
Yakni :`Pada Hari Kelahiranya`bermunculan lah kejadian-kejadian yang luar biasa dan keanehan keanehan yang menakjubkan.Sebagai bukti kenabiannya dan pemberitahuan bahawa beliau adalah pilihan Allah SWT.Maka bertambah ketatlah penjagaan di langit dan dihalau syaitan-syaitan serta segala yang berjiwa syaitan.
Dan bintang-bintang yang bercahaya bergerak melempari setiap syaitan yang terkutuk pada waktu berusaha menerobos ke langit.Dan bintang-bintang yang gemerlapan itu turun menghormati kepada Nabi Muhammad saw.
CAHAYANYA menyinari lembah dan bukit Tanah Haram.dan keluarlah bersamaan dengan kelahiran Nabi Saw.CAHAYA TERANG yang menyinari istana di Syam yang menjadi milik raja kaisar.Maka tampaklah CAHAYA itu bagi orang yang berada di lereng tanah Makkah dan rumahnya dan tempat tinggalnya.Dan hancurlah gedung gedung tinggi yang berada di kota-kota kerajaan Kisro Parsi.Bangunan yang dibina dan ditinggikan oleh Anu Syarwan.Dan jatuhlah empat belas menaranya yang tinggi.kerajaan Kisro menjadi hancur kerana kehebatan suasana atau berita yang sampai kepadanya.
Maka padamlah api yang disembah diseluruh kerajaan Parsi.Kerana terbitnya SINAR yang cukup terang dan kegemerlapan wajahnya.Dan surutlah air telaga kota Sawah yang menjadi perbatasan antara kota Hamazan dan kota Qum dan wilayah negeri Ajam.Dan kekeringan itu kerana terhentinya aliran mata air yang menjadi sumbernya.Dan meluaplah lembah Samawah,dan itu menjadi keberuntungan terhadap tanah dan padang pasir.Padahal sebelumnya tidak ada air di tempat itu,untuk minum orang-orang haus kerongkongannya.
Kelahiran Nabi s.a.w. adalah di tempat yang dikenal dengan Irash di Mekkah.Satu negeri yang tidak boleh dipotong pohon-pohonnya dan tidak dopotong rumputnya.Dan dipertikaikan tentang tahun kelahirannya,bulannya dan harinya,menurut ulam yang meriwayatkannya.Menurut pendapat yang lebih kuat adalah sebelum fajar pada hari Isnin 12 Rabiulawal,tahun gajah,yakni rombongan [tentera]penunggang gajah yang dihalau[dan dibinasakan-p] oleh Allah daripada Tanah haram kerana melindunginya.
Athrillaa -humma qabrahul-karimm bi`arfin-syaziyying min-solaa ting-watasliim.Allahumma solli wasallim wabaarik `alaiih.
Ya Allah,harumkanlah kuburnya[Nabi muhammad]yang mulia dengan haruman yang semerbak daripada rahmat dan kedejahteraan.Ya Allah aku bermohon solawat dan salam serta keberakatan Mu keatasnya.
Sempena artikel mengenai kelahiran Nabi mulia dan agung dan penutup Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ini marilah sama sama kita renungi sedalam manakah kasih kita kepada Rasulullahs.a.w.Dan apakah bukti dan juga perkara yang telah kita laksanakan akan segala suruhan beliau atau pun apakah keingkaran keingkaran kita selama ini.Sebanyak manakah yang telah kita ikuti sunnah baginda? Marilah bersama kita contohi sifat utama baginda yaitu Siddiq,Amanah,Tabligh,Fatanah.Semoga dengan amal bakti yang mengikuti jejak Rasulullah s.a.w.kita semua [pembaca]mendapat sufaatnya yang besar pada hari menghadapi perhitungan Tuhan kita Allah Jallajalaaluh di hari Mahsyar nanti.Wassalam.
Wallahu a`lam.

wassalam.......
No comments:
Post a Comment